Dunia Para Pencinta BO
- www.pogsys.com/p/?r=perjuangan
Trendy Rizky Jerry Setyawan
Thursday, 3 July 2014
Perhatikan wahai sahabat Ukhuwah Fillah ku...
KETIKA PERUT RASULULLAH BERBUNYI
Suatu ketika Rasulullah s.a.w menjadi imam di dalam solat..
Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah s.a.w bergeser antara satu sama lain.
Saidina Umar r.a yang tak tahan melihat keadaan baginda itu terus bertanya setelah selesai solat,
Ya Rasulullah,kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, apakah baginda sakit?..
Namun Rasulullah s.a.w menjawab :
Tidak,Alhamdulillah aku sihat dan segar lagi. Mendengar jawapan itu Umar r.a melanjutkan pertanyaannya :
Lalu mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh mu ya Rasulullah?.
Kami yakin engkau sedang sakit…
Melihat wajah kerisauan di wajah para sahabat, Rasulullah s.a.w pun mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Melihat perut Rasulullah s.a.w yang kempis, dan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar baginda s.a.w..
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah s.a.w bergerak.
Umar r.a memberanikan diri berkata :
Ya Rasulullah! Adakah engkau memikirkan bahwa bila engkau menyatakan lapar dan tak punya makanan,lalu kami hanya akan tinggal diam sahaja melihat engkau sebegitu?.
Rasulullah s.a.w menjawab dengan lembut :
Tidak para sahabatku. Sungguh aku tahu,apa pun akan kalian korbankan demi Rasulmu ini.
Akan tetapi apa yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti.. Apabila aku ditanya..
Mengapakah aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?..
Para sahabat hanya terpegun dan sebak...
Rasulullah s.a.w melanjutkan:
Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku..
Agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini dan aku berharap lebih-lebih lagi tiada dari umatku yang akan kelaparan di Akhirat kelak..
Inshaa Allah betapa cintanya Rasulullah s.a.w kepada umatnya...
Perbanyakkanlah selawat kepada baginda s.a.w & mengamalkan sunnah baginda s.a.w..
Semoga di akhirat kelak kita mendapatkan Syafa'atul Udzmah di Yaumil Qiyamah nanti..
Inshaa Allah..
Dan moga Allah tetapkan keimanan dan keIslaman kita berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..
#Nabi yang sering menangis kerana risaukan kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment